Hotel di Melaka terbaik!

March 28, 2020


           Kalau bab cuti semua orang suka, travel sana sini. Yang pastinya kt Malaysia ni banyak tempat yang menarik! Tak perlu pergi Sidney! antaranya Melaka, dekat jaa. Tempat unik dan menarik sesuai bercuti dengan kesayangan atau kawan-kawan. Dah lama plan nak bercuti bersama keluarga, survey punya survey tempat menarik sambil cari hotel, terjumpa hotel lawa-lawa. Di melaka nak cari hotel yang sesuai dengan bajet pun mudah!! Antara hotel yang menarik:

1. River Cruise Hotel Melaka

RC Hotel Melaka

Kelebihan Hotel River Cruise

  • Seperti mana nama hotel ini, kedudukannya betul betul di tepi Sungai Melaka.
  • Dapatkan promosi untuk hotel 3 bintang ini di internet untuk tawaran terbaik. Tetamu yang pernah bermalam disini mengatakan bilik deluxe pun sudah cukup besar. Cuma keadaan hotel ini sudah agak lama.
  • Kelebihan utama untuk kita jika menginap disini ialah lokasinya sangat strategik ditebing sungai. Boleh nikmati pemandangan sungai melaka di waktu malam yang indah di balkoni hotel.
  • Hotel RC juga sangat hampir dengan Jonker Street. Cuma perlu jalan kaki selama 5 minit saja.
  • Kelemahan utama hotel ini yang boleh diperbaiki ialah masalah tempat letak kereta yang sangat terhad.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel RC Melaka

  • Hadramawt Palace - 15 minit
  • Yong Tau Fu Gelombang Biru - 18 minit
  • Qasreena Café - 22 minit
Review untuk River Cruise Hotel Melaka setakat bulan Disember 2019

  • 4.2/5.0 dari 204 ulasan di Google reviews
  • 8.1/10 dari 1,542 reviews ulasan di Agoda
  • 4/5 dari 139 reviews ulasan di TripAdvisor
  • 4.2/5 dari 91 reviews ulasan di Expedia.com.my
  • 8.3/10 dari 203 reviews ulasan di Laman Booking
  • 8.2/10 dari 31 reviews ulasan di Hotels.com
Harga: Dari RM200 untuk 1 malam.
Alamat: No.36, Jalan Kampung Pantai, 75200 Melaka


2. Riviera Suites Melaka

Riviera Suites Melaka

Kelebihan Hotel Riviera Suites

  • Sekiranya anda mahu bilik hotel di Melaka dengan bilik yang besar & pemandangan malam yang cantik, bermalamlah di Riviera suite.
  • Lengkap dengan kolam renang persendirian, kemudahan tempat letak kereta yang banyak & banyak lagi fasiliti, cuti anda pasti dipenuhi dipenuhi banyak aktiviti menarik.
  • Jika anda lapar, banyak gerai makan di sekitar hotel. Memang sesuai untuk percutian keluarga.
  • Masjid terdekat cuma 500m dari hotel ini. Senang nak solat jumaat.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel The Settlement Melaka

  • Seri Muara Alai Hj. Nasir Ikan Bakar - 15 minit
  • Melantak Steak Hub Melaka - 18 minit
  • Mango Float Royale - 21 minit
Mari kita lihat ulasan tentang The Settlement Hotel di internet

  • 4.2/5.0 berdasarkan 206 ulasan di Google reviews
  • 8.2/10 berdasarkan 1,028 reviews ulasan di Agoda
  • 4.3/5 berdasarkan 16 reviews Expedia.com.my
  • 8.3/10 berdasarkan 303 reviews Laman Booking
  • 8.6/10 berdasarkan 14 reviews ulasan di Hotels.com
Harga: Dari RM200 untuk 1 malam.
Alamat: G-Lobby B, Riviera@Pulau Melaka, Jalan Baiduri 1, 75000 Malacca


0 COMMENTS

Followers